JellyPages.com


Saturday, September 21, 2013

47. KENANGAN INDAH...LAHIRLAH SEORANG LAGI PUTERA KU....26.08.13


Lama sungguh x update dalam dairi indah nie....maklumla..sibuk berpantang... :) Owh..dah bersalin rupanya....dahhhh....hr nie dah 26 hari pun...baby dalam perut dikeluarkan awal 3 minggu...ceritanya pendek jer...x panjang mana pun.....

Genap 37 minggu.....mcm biasa tanda x turun....p check up mcm biasa kat Klinik Perbidanan Dr. Zainal....doctor kata..ur baby is very healthy, mature & around 3.5kg dah....so saya pun kata...."Lets make it la doctor....saya nie serius dah x larat sangat...sakit 360 degree dah...." tapi doctor refuse tuk keluarkan the baby....biasa la..menurut kawan2 yang berpengalaman...doctor nie dah berumur..dah x sporting & skrg sangat berkira......so balik jer la....dengan kena check up fee yg agak mahal dari biasa...rm140..(normally rm90 jer)...Malam x leh tidur...sakit sangat pinggang...esok pagi2 mcm nak menangis rasa...x leh tahan dah sakit badan2....Encik Suami kata..."kalau dah x larat...jom la yang..ita g AMANJAYA SPECIALIST "...pagi tue kami siap....tp perut lapar sangat...singgah kat nasi kandar...makan dulu....

Jam 11.00 pg sampai...direct jumpa Dr. Mathews (Dr. Mustakim) explain everything & buat check up...proudly saying..dia seorang doctor yg sangat baik & soft spoken....according to him...jari dia boleh stretch up to 3cm dah bukaan....dia pun kata..LETS MAKE IT TODAY....masuk labour room...procedure dia simple sungguh....SALIN BAJU, BARING ATAS KATIL, NURSE MASUKKAN UBAT TUK BUANG AIR BESAR, BUANG AIR BESAR, NURSE BUAT RUMAH TU DRIP AIR KAT TANGAN,   PASANG WIRE PENUH BADAN TUK CEK JANTUNG BABY....KUL 12.00tghr DOCTOR DATANG & PECAHKAN AIR KETUBAN....


Lepas pecah air ketuban...still x der sakit tanda2 baby nak keluar....tunggu lagi....tunggu punya tunggu....akhirnya doctor decide tuk drip air....jam 3 petang nurse datang & drip air...Encik Suami..biasa la org laki...jap masuk..jap keluar bilik....PHEWWWW....start kul 4 tue dah start sakit sikit2...mujur ada 3 orang Nurse @ maybe Midwife yang bantu....maybe hospital bayar....diorg sentiasa bersama kita..pengalaman masa Abang Adam dulu...nurse datang kejap2 jer....pasal hospital kerajaan kot..banyak pesakit & ibu2 nak bersalin...jam 6 petang.....sakitttttttt......menggigil-gigil satu badan.....nurse yg 3 org tadi dah get ready semua...bermula la sesi TERANNNNNN.....kelibat doctor dah nampak kat luar delivery room tue....masa baby dah nak keluar sangat...dalam kul 6.25 ptg tue....doctor pun masuk nak sambut baby....sakit mcm nak habis nyawa....akhirnya PUTERA KEDUA LAHIR PADA JAM 6.41 petang.....ALHAMDULLILLAH....BERAT BABY 3.8KG..(nasib beranak awal..kalau tunggu 40minggu..maybe 4kg++)


Saturday, August 24, 2013

46. TIPS MENERAN SEMASA DALAM LABOUR ROOM


Saya tengah menghitung hari nak bersalin ni..
sibuk lagi mencari tips itu dan ini haha...
lalu terjumpa panduan ni.. lalu saya nak kongsi kat sini..
Saya nak kongsi pada bakal ibu-ibu yang mungkin
sedang mencari info macam saya cari ni... jum baca jum..

1. Tangan pegang keting (bahagian kaki yang ada buku lali tu) Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelangkang tu ha macam mana baby nak keluar?  Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran dan dalam pada masa yang sama bukak kelangkang anda ya... jangan katup2..

2.  Tarik nafas panjang-panjang dengan mulut tertutup.
Apabila meneran, angkat kepala dan letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Meneran seperti nak terberak tau. Bayangkan kalau sembelit seminggu, acaner tu?

3. Meneran bila perut tengah tegang atau sakit aje ya..
Bila tak sakit tak payah meneran, tak ada guna kalau buat camtu..

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis.
Jangan menjerit-jerit. Memekak je nanti. Anda sembelit nak  terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan?
 Sebabnya akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat.


5. Jangan angkat punggung, badan menggeliat sana geliat siniBuat penat je nanti. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak  terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan  meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat.  Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.


6. Baca bismilah atau sebaiknya baca doa Nabi Yunus tu kalau teringat la atau bace jela ape2 yang teringat masa tu hehe..

7. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada payuda anda supaya baby kenal puting mamanya sendiri...  Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby anda selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi anda balik. Bertenang yer....

8. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. 
Balik rumah boleh buat. Ini akan menganggu nurse atau doktor yang nak menjahit apa yang terkoyak di sana..

Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan suami anda supaya
dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita mungkin terlupa dek menahan sakit. Bila suami dah tau senang la dia guide kita.

45. ANTARA PERKARA2 YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MENGANDUNG





Rupanya ada banyak benda kalau boleh ibu2 mengandung elakkan...demi kesihatan ibu sendiri dan bayi comel dalam perut...kalau boleh ikut la pasal 9 bulan jer...x lama pun kan...tuk kesihatan diri sendiri & anak dalam kandungan....

Ubat Nyamuk
Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan,
yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi  bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

Derma Darah
Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan  banyak darah untuk kehamilan.

Bawa Barang
Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah
kehamilan memasuki trimester terakhir.

Durian
Elak makan durian terutama trimester pertama kehamilan, kerana boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

Kapal Terbang
Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

Gincu Bibir
 Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

 Krim Pemutih
Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh
 menjejaskan kesihatan anda dan janin.

Ubat Jerawat
Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan.  Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin  membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang  menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Alkohol
Sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.


Kafien
Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Merokok
Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot. Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah. 
Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik.

Friday, August 23, 2013

44. CARA-CARA BUAT AIR SELUSUH




Apa itu Air Selusuh?

Air selusuh merupakan air untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin.


Apakah hukumnya?

Jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat al-quran,doa-doa.Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam seperti jampi-jampi karut yang menyesatkan maka hukumnya akan berubah menjadi HARAM. 

Apakah dalilnya?

Dalil:Firman Allah:’Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang-orang beriman’-surah Al-Isra’,juzuk 15. 




Nie AIR ZamZam ambil dari rumah mama...1 bekas tuk suami tercinta saya buatkan air selusuh....1 bekas lagi tuk beliau suap kat ADIK BABY bila dah keluar nnti...so sy sertakan cara menyediakan AIR SELUSUH dengan bacaan2 ayat suci buat tatapan suami tercinta & bakal2 papa yang lain2 

BAHAN-BAHAN
Air Kosong (Kalau ada Air ZamZam lagi bagus...!!!)


KAEDAH PENGUBATAN
Suami tercinta anda haruslah membaca rangkaian doa di bawah ini...dan sebaiknya minum air ini tika saat nak bersalin...jangan minum awal..Boleh juga disapu pfada perut isteri tercinta juga sebaiknya selepas Asar sambil berdoa agar dipermudahkan urusan bersalin...INSYAALLAH

DOA YANG DIBACA

1. Surah Al-Fatihah


(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. Selawat Syifa


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.

3. Surah Al-Hashr : Ayat 21-24



(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat Selusuh


Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Surah Al Insyiqaq : Ayat 4 & 5



(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.


6. Surah An-Nazi'at : Ayat 46

Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.

7. Ayat Selusuh (Ulang)

8. Ayat Pemudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

SELAMAT MENCUBA...!!!!!


Thursday, August 22, 2013

43. SURAH2 AMALAN KETIKA MENGANDUNG




42. FAKTA MENARIK TENTANG BABY DALAM PERUT



Selamat pagi Ibu2 semua..! Ini sy ada nak kongsikan 10 fakta menarik tentang bayi yg perlu ibu2 tahu.. Cutenyer baby2 kita ni ^__^

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel =))


41. MENJAGA TALI PUSAT BAYI




MENJAGA TALI PUSAT BAYI

Semasa didalam rahim ibu, bayi bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui tali pusat. Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa.

Sebaik dilahirkan, tali pusat bayi kelihatan seperti jeli yang panjangnya lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’ semasa proses bersalin sebelumnya. Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi tidak akan merasa sakit semasa mengendalikanya.
Ia tidak kelihatan begitu cantik tetapi menakjubkan kan..?

Tali pusat bayi memerlukan penjagaan rapi sebelum ia menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah biarkan ia bersih dan kering sepanjang masa.

Cara menjaganya :

1. Pastikan Ia bersih. Anda boleh mencusi mengunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian terbaru menunjukkan, tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci dengan pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya. Pegang dengan jari hujung tali pusat dan lap kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang bersih. Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh mengunakan ‘cotton bud’ .Sekiranya puan mengunakan alat pengering rambut, pastikan jarak yang selamat dan gunakan suhu yang sederhana.

2. Biarkan ia kering. Dedahkan tali pusat untuk mempastikan ia kering dari akarnya, iaitu kawasan yang bersambung dikulit. Pastikan lampin bayi tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena air kencing, cuci dengan segera dan lap kering sepenuhnya.

3. Mandi gunakan sponge. Secara praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya ia sudah luruh, anda boleh mula mandikan mengunakan tub atau sink.

4. Biarkan ia gugur dengan sendiri. Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti dari seurat benang.

Tanda jangkitan

Semasa tempuh pemulihan, agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya, tetapi kalau terdapat tanda tanda seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi berjumpa doktor dengan segera.

- Kelihatan kemerahan dan bengkak
- Berdarah tanpa berhenti
- Keluar nanah
- Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan


40. ISTERI HAMIL PERLU DIURUT



39. PANTANG LARANG BAGI BAYI



Ibu2, ini ada senarai pantang larang bagi bayi..sejauh mana kebenarannya sy pun tak pasti.. mana yg baik kita ikut dan jadikan amalan.. Wallahu a'lam = )

Terdapat beberapa pantang larang bagi bayi dan kanak-kanak yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang masih berpegang pada adat. Di antara pantang larang yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

1. Bayi tidak boleh dicium sewaktu tidur, terutama pada ubun-ubun juga pada pusatnya. Ini dikatakan akan memendekkan umurnya.

2. Tapak tangan bayi juga tidak boleh dicium. Ini dikatakan akan menyebabkannya apabila besar nanti suka meminta-minta pada orang lain.

3. Bayi tidak boleh didukung atas bahu kerana dikatakan apabila besar akan melawan cakap ibu bapa.

4. Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu atau bapa kerana dipercayai anak itu akan melawan cakap ibu bapanya.

5. Rambut bayi tidak boleh disikat, nanti giginya tumbuh jarang.

6. Dilarang memicit mulut bayi, nanti bayi tidak mahu makan.

7. Kain lampin bayi juga tidak boleh direndam, nanti perut bayi menjadi kembung.

8. Kain lampin bayi juga tidak boleh diperah selepas dibasuh, nanti bayi kerap menggeliat.

9. Bayi tidak boleh diletak atas lutut, nanti bayi mendapat sakit perut.

10. Kepala bayi tidak boleh dilangkah kerana dipercayai malaikat sedang mengawasinya.


38. TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN




~ TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN ~ Info yang sgt berguna utk para suami = )

Bagi ibu2 baru, pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini dapat membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.

1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan

Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

2. Bersedia Untuk Menunggu

Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

3. Jangan Ambil Hati

Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus

Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.

5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri

Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

* Ibu2, boleh share dan tag kan utk encik suami yer ^__^

37. 16 FAKTA MENARIK TENTANG BABY YANG MUNGKIN KITA X PERNAH TAHU




Cahaya mata adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak terhingga nilainya bagi setiap pasangan yang berkahwin. Sudah pasti setiap pasangan yang sudah berumahtangga akan ternanti-nanti kehadiran zuriat yang bakal menyambung keturunan dan bakal menyinar mahligai yang telah dibina.

Detik-detik kelahiran pastinya dinanti dengan penuh rasa teruja kan....tapi tak semua dari kita tahu fakta yang menarik mengenai bayi...Di sini saya kongsikan 16 fakta menarik yang mungkin kita tidak tahu atau tidak perasan mengenai seorang bayi 

1 - Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2 - Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3 - Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4 - Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5 - Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6 - Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7 - Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8 - Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9 - Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10 - Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11 - Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12 - Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13 - Mendengarkan muzik klasikal menambah kepintaran bayi.

14 - Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15 - Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16 - Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

36. PETUA MUDAH BERSALIN



1. Baca surah Al-fatihah 1x
    surah Al Qausar 1x
    selawat 3x
    Kemudian minum air selusuh

2. Minum air zam zam dan makan buah kurma

3. Baca surah al fatihah 1-4 x

4. Kerap mandi

5. Selawat 3x baca ayat kursi tiup dalam air minum dan sapu pada perut.

Cara yang nurse ajar untuk speed up BUKAAN RAHIM:

1. Baring mengiring sebelah kiri.

2. Kaki kiri lurus.

3. Kaki kanan bengkokkan sikit.

4. Bile time contraction dtg / time rasa sakit, Tarik punggung anda sekuat hati menggunakan tangan kanan and teran.


Ni antara tips2 utk mudahkan bersalin:


  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. 
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)


Yang BOLEH amalkan pula: 


  • Amal kan minum Virgin coconut oil
  • Buat perineum massage  
  • Kerap bersama suami
  • Minum air hujung rambut
  • Minum air selusuh akar fatima
  • Air selusuh buatan suami - saya guna air yasin
  • Jaga tingkah laku dengan suami dan parent. - Jangan buat dosa kering. 
  • Mintak suami doakan kurang sakit dan mudah bersalin.  
  • Masa contraction baca doa nabi yunus
  • Masa contraction kurangkan menjerit/bercakap. - Simpan tenaga untuk meneran. 






35. CARA MUDAH BERSALIN NORMAL



1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .  

34. TANDA-TANDA AWAL NAK BERSALIN


Sekarang dah masuk minggu ke 37.....anytime baby dah boleh keluar......so nak tahu x tanda2 awal nak bersalin.....sebagai pengajaran tuk diri sendiri dah viewer2 lain :)

8 Tanda- tanda nak bersalin termasuk:

1. Engages

Engages merupakan salah satu tanda nak bersalin tidak lama lagi. Anda mungkin perasaan bayi anda telah dipindahkan ke bawah lebih rendah di dalam abdomen anda. Untuk ibu kali pertama, bayi mereka mula engages dalam tempoh 2-4 minggu sebelum EDD anda. Untuk ibu kali kedua dan keatas, mereka sering mendapati bayi mereka tidak engaged sehingga kelahiran bermula. Ini disebabkan oleh otot pelvis telah pun diregang. Anda mungkin berasa “kosong” di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.

2. Kerap membuang air kencing

Perut anda yang semakin membesar, berat dan kepala bayi terletak di bawah tengah tulang pelvis anda dimana berdekatan dengan pundi kencing anda. Oleh itu, anda kerap membuang air kencing disebabkan oleh kepala bayi menekan pundi kencing anda merupakan salah satutanda nak bersalin yang sering berlaku.

3. Sakit belakang bahagian bawah

Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah, anda rasa sakit di belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregangkan lebih.

4. Kontraksi Braxton-Hicks

Anda mungkin berasa kontraksi ini semakin kerap dan semakin sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung untuk 1 atau 2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraksi ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi kedudukan atau mula berjalan.

 5. Cirit-birit

Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda nak bersalin.

6.  Keputihan

Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.

7. Lendir pekat dan pendarahan (bloody show)

Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mukus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.

8. Air ketuban pecah

Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Anda harus menghubungi doktor anda segera apabila air ketuban anda pecah. Kebanyakan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi yang mungkin.