JellyPages.com


Monday, August 5, 2013

19. PENJAGAAN IBU BERSALIN - BERTUNGKU

BERTUNGKU


Bertungku adalah asas kepada amalan-amalan pantang - larang bagi ibu yang baru dalam budaya Melayu.
Sebelum berbengkung, wanits bertungku .

Salah satu sebab utama bertunggu ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluaran dari badan.

Dikatakan  bertungku juga : 


  • memecahkan lemak
  • mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin
  • mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.


Rahim jiga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.


Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga. 

  1. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg.
  2. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.
  3. Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 – 1 jam di atas api yang sederhana. 
  4. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu Jika daun mengkudu tiada maka daun sirih atau daun lengkuas juga boleh digunakan. 
  5. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
  6. Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). 
  7. Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
  8. Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. 
  9. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
  10. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. 
  11. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.
____________________________________________________________________

PERSEDIAAN SAYA UNTUK BERTUNGKU

Alhamdullillah sy dah bersedia utk bertungku...masa anak sulung...tungku main2 jer...kali nie saya nak buat secara serius....So awal2 lagi saya dah beli batu tungku...yang saya beli beratnya 4lbs....kecil comel jer....yang dah ada d rumah mama batu sungai pun boleh pakai...n 1 lagi saya nak pinjam dari tok...yg nie saya pakai masa anak sulung ritu...besar yg tok punya..mcm berat..tue yg malas nak bertungku secara serius dulu nie.....


satu lagi.....daun2 yg nak dugunakan masa bertungku nnti saya harap sangat suami boleh tolong dapatkan....d sini macam susah sikit nak dapatkan daun mengkudu..tp insyaallah daun sireh, pandan, lengkuas ada...banyak saya searcch dalam internet...skrg zaman dam modern..ada plak sarung tungku yang dilengkapi ngan herba2 terpilih...insyaallah kalau sempat nnti nak beli satu sarung tungku mcm nie...senang org yg nak tolong sedia peralatan bertungku kat saya nnti...


tungku herba pun okey...tp bukan tuk penggunaan secara serius....sy teringin nak juga tungku herba nie...tp rasa kesian plak kat org yg nak sediakan nnti pasal nk kena kukus la bagai..mcm nak buat kek plak kan....so kalau dapat pakej tungku ngan alat pemanas mcm nie...mmg saya nak sangat..


No comments:

Post a Comment