JellyPages.com


Sunday, August 11, 2013

28. PENJAGAAN IBU BERSALIN - PATI IKAN HARUAN

PATI IKAN HARUAN



Salam...kali nie nak sembang pasal PATI IKAN HARUAN...yang saya dah beli brand mcm gambar di atas HARWANY PATI IKAN HARUAN ALOE VERA....dulu masa anak sulung ada gak makan...brand POLLENNY...mmg x tahan bau dan rasa dia..tp demi kesihatan dalaman kugagahi....lg pun rasanya susah saya nak dapat makan ikan haruan fresh masa dalam pantang nnti pasal x biasa masak & x biasa amalkan...so kalau kesan dia bagus nnti....sy akan minta suami tolong belikan lg nnti bila dah habis..setengah orang kata dah boleh minum terus pas bersalin

Ikan Haruan ( Channa Strlatus) telah lama menjadi makanan amalan yang popular di kalangan penduduk di Asia. Ramai yang yang yakin dengan khasiat ikan haruan yang mampu menyembuhkan luka dan mengurangkan kesakitan selepas pembedahan, terutamanya bagi mereka yang sedang menjalani rawatan akibat pembedahan dan ibu-ibu selepas bersalin.

Ikan haruan adalah sumber asli protein dan rendah lemak. Kajian juga menunjukkan ikan haruan mengandungi pelbagai biokimia yang penting untuk proses penyembuhan luka-luka dalaman.

KEBAIKAN HARWANY PATI IKAN HARUAN

Merawat ulser dalam perut
Untuk perkembangan & pertumbuhan sel baru
Asid Oleik & Linolik tak tepu (lendir) adalah komponen utama lipid sepenuhnya
Penting untuk pembentukan semula dan penyembuhan luka
Kolagen untuk membantu kecantikan kulit serta anti kedut.

SEBAB-SEBAB YANG LAIN
  mempercepatkan luka dalaman dan luaran supaya cepat sembuh
  menguatkan otot-otot dalaman
  menambahkan tenaga

No comments:

Post a Comment