JellyPages.com


Tuesday, August 6, 2013

21. PENJAGAAN IBU BERSALIN - MANDI

MANDI DALAM PANTANG


Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.

Mandi Dedaun 


Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama 2 minggu

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang.


Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:


  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
  • Segenggam halba (dipunjutkan)


CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI


  • Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
  • Sediakan bahan-bahan di atas.
  • Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
  • Masukkan halba yang dipunjutkan.
  • Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
  • Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.



Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.


Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.

Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

Mandi Lulur 


Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita.

Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

Kebaikan Lulur/Scrub 

• menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
• Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
• Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti    pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
• Mengurangkan tekanan & keletihan.
• Mengekalkan tenaga.
• Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
• Memperbaiki tekstur kulit.
• Mengurangkan dehidrasi

____________________________________________________________

PERSEDIAAN SAYA UNTUK MANDI DALAM PANTANG

Kalau nak cerita masa pantang anak sulung...sy mandi pakai air shower suam....sabun Detol & syampoo Rejoice...releks jer kan...rupanya salah cara tue....so as semua org tahu, mandi dalam pantang sangat penting....kali nie preparation agak limited pasal situasi nak raya menjelang....tp dah ada 1 benda mmg dah ready...dalam set bersalin NONA ROGUY tue mmg dah ada HERBANIKA LULUR....


HERBANIKA LULUR nie untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit. Kuantiti cuma 100g jer...maybe x cukup kot...so pas settle isu raya nie...saya nak caru lulur mandi lain yang diperlukan....variety apa salahnya kan..baru kita tahu yang mana best...lagi satu, lulur mandi nie ada banyak brand & murah2 jer di pasaran...so apa salahnya kita try pelbagaikan kan...antara yg terlintas difikiran : - 


satu lagi..hajat di hati teringin sangat nak mandi dengan daun2 herba yang fresh2 tue kan..tp memandangkan kawasan kediaman kami di tengah pekan..mana la nak dapatkan daun2 nie semua..so terpaksa saya dapatkan daun2 herba yg instant yg ada dalam uncang dan boleh dibeli dari kedai2 jamu berdekatan..ada banyak brand...insyaallah dalam masa terdekat akan saya dapatkan


No comments:

Post a Comment