JellyPages.com


Tuesday, August 6, 2013

22. PENJAGAAN IBU BERSALIN - URUT

URUT



  • Berurut semasa dalam pantang amat digalakkan bagi ibu-ibu
  • Tujuan berurut ialah untuk memulihkan tenaga ,memulihkan kembali otot-otot yang lemah, membuang angin dalam badan ,memulihkan kembali saraf-saraf yang mengembang  dan melancarkan perjalanan darah.
  • Urutan boleh dilakukan selepas 3 hari bersalin atau 5 hari selepas bersalin.
  • Urutan tidak diberikan sebelum 3 hari bersalin kerana pada waktu itu badan wanita masih lemah  dan boleh berlaku masalah deman  atau pendarahan selepas berurut. 
  • Tempoh berurut terpulanglah kepada ibu-ibu yang bersalin samada 3 hari atau 6 hari atau 9 hari ,tetapi cadangngan urutlah paling kurang 3 hari.

Cara mengurut wanita bersalin pula adalah berbeza-beza , ada yang mulakan dengan posisi ibu meniarap dan ada yang memulakan dengan posisi ibu telentang.

Persiapan sebelum mengurut

i) Sebelum mengurut hendaklah bertanya kepada ibu  samada masih ada darah atau tidak,kalau ada darah masih banyak atau sedikit.Kalau pendarahan berlaku dengan banyak iaitu lebih dari dari 5 pad sehari maka pesakit  ini tidak boleh diurut. Seeloknya jumpalah doktor untuk mendapat rawatan lanjut.Tapi kalau tiada darah atau darahnya sikit sangat pun, buatkanlah pemeriksaan lanjut dibimbangi ada block dalam rahim.

ii)Tanyakan juga samada ada ambil ubat tahan sakit sebalum bersalin.Bagi  para ipesakit yang ada ambil ubat tahan sakit ,urutan tidak akan member 
 kesan pada para ibu.

iii) Baringkan telentang pesakit ,rasa dulu perutnya  dibimbangi ada darah beku, jika terasa seperti ada ketulan, maka eloklah ditungkukan dahulu.

iv) Para ibu yang bersalin masih boleh berurut  tetapi  selepas  7 hari melahirkan.

v) Tidak boleh melakukan sengkak  pada usia kelahiran yang dekat seperti pada usia 3 atau 4 hari tapi boleh di sengkak pada usia kelahiran 40 hari.

Cara urut bersalin

POSISI TELENTANG

1) Urut perut bermula dari ulu hati menuju ke pusat.Kemudian urut dari kanan ke kiri perut sambil bertungku selama 30 minit.Semua urutan hendaklah menghala ke pusat.

2) Urut di bahagian buah dada ,urut kearah aroela dengan perlahan dan picit perlahan di bahagian aroela untuk  melancarkan pengeluaran air susu.

3) Urut di bahagian tangan , dengan mengurut dari bahagian ketiak ke jari tangan.

4) Urut dari bahagian kaki ke peha

5) Kemudian sapukan param

POSISI MENGIRING KANAN

1)Urut dari kaki ke bahagian peha  terus ke bahagian belakang badan.Di bahagian belakang badan buat urutan brputar lawan jam sambil itu urut tulang belakang dengan menggunakan ibu jari dari punggung ke leher.

2)Kemudian sapukan param.

POSISI MENGIRING KIRI

1)Urut dari kaki ke bahagian peha terus ke bahagian belakang.Di bahagian belakang badan buatkan urutan berputar lawan jam sambil itu urut tulang belakang dengan menggunakan ibu jari dari punggung ke leher.

2)Kemudian sapukan param.

KEPALA

1)    Buat urutan dari tulang dahi ke bahagian kepala
2)    Buat urutan dari pertengahan dahi ke bahagian 
       sudut kepala kiri & kanan
3)    Kemudian letakkan pilis

Akhir sekali pakaikan bengkung
___________________________________________
PERSEDIAAN SAYA UNTUK BERURUT DALAM PANTANG

Berurut nie x perlu sediakan apa2 pun...cuma..sediakan DUIT jer..nak bayar upah...sekarang sedang collect no phone tukang2 urut dari Sungai Petani yang best2 dari kawan2...nnti ldah dapat sy update key.... :)

TUKANG-TUKANG URUT BERTAULIAH AREA SUNGAI PETANI


Hanim - 012 3766534
Harina - 012 4900270
Zah - 016 4773755
Ari (indonesia) - 016 4305017
Bidan Tok Piah - 017 4876371
Makcik Sal - 012 5135804

No comments:

Post a Comment