JellyPages.com


Monday, August 5, 2013

20. PENJAGAAN IBU BERSALIN - BENGKUNG

BENGKUNG


Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wnaita yang bersalin. tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita melayu. Sebabnya? Diatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembai potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.

Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama.

FAEDAH BERBENGKUNG

Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil. Bengkung boleh menghempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar.

Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:

mengempiskan perut & mengurangkan berat badan 
        supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
melindungi organ dalaman & membolehkannya lebih 
        cepat kecut & kembali ke tempat asal;
mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa 
        kehamilan;
menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu 
        penyusuan bayi;
memecahkan lemak dan selulit;
mencegah dari makan berlebihan.

Sepatutnya, tidak hanya amalan berbengkung yang harus diikuti. Amala-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan pantang larang. Dikatakan pantang yang diikuti dengan taat dan sempurna boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka. 

PEMAKAIAN BENGKUNG SEMPURNA



Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai secara ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari). 

  1. Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara. 
  2. Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.
  3. Lapitlah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
  4. Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
  5. Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.
_______________________________________________

PERSEDIAAN SAYA UNTUK BERBENGKUNG

Dulu masa anak sulung...ada juga berbengkung..tp mcm gak bertungku...X SERIUS....pakai kejap2...pasal gatal melanda & susah nak pergi ke toilet....huhuhuh...mmg masa anak sulung...sy sangat x serius berpantang....kesannya...buncit...mama2 semua x nak buncitkan..so berbengkung la...lagi 1 masa anak sulung dulu...punya tarik tali bengkung tue kononnya nak ketat..sampai putus tali..so..solutionnya STOP BERBENGKUNG...kali nie..masa beli set bersalin NR...dapat BENGKUNG BODYCARE free...okey gak kan...so bengkung nie la yg akan sy pakai nnti


satu lagi...sy masih ada set PB yg beli & x pakai2....so sy ingat kali nie dalam pantang nak try praktik pakai set PB nie...


daun2 yang nak dipakai masa berbengkung senang nak dapat insyaallah...daun pandan & daun lengkuas...tp sy rasa lg mudah pakai krim kot..lagi pun dalam set bersalin NR tue ada sekali KRIM HERBANIKA BARUT....nnti sy cerita pasal KRIM HERBANIKA BARUT NIE k....


selain KRIM HERBANIKA BARUT NR..1 lg krim yg saya teringin nak guna ialah LOSYEN MUSTAJAB yg ada pelbagai flovour nie.....yg nie kene buat kajian lebih sikit yg mana flovour yang sesuai ngan kulit saya...
owh ya.....hampir terlupa...yg saya dah sediakan lama....HERBALIFE CONTOURING CREAM & BODY BUFFING SCRUB(mandi)....actually dah buka 1....pakai 3-4 kali..mengandung..terus simpan tuk nak pakai dalam pantang nnti...cream nie best....boleh mengurangkan beberapa inci d bahagian yg kita sendiri x suka tengok... ;P









No comments:

Post a Comment