JellyPages.com


Tuesday, August 6, 2013

23. PENJAGAAN IBU BERSALIN - PARAM, PILIS & TAPEL

PARAM, PILIS & TAPEL 


Param :


Khasiat:
Baik sekali untuk mengurangi rasa letih dan lenguh-lenguh pada orang dewasa dan anak-anak. Dapat juga mngubati seliuh atau  salah urat. Di sapu di seluruh badan supaya badan tidak masuk angin.


Cara Guna:
1 biji dilumatkan dengan air secukupnya. Sapu pada bahagian tubuh yang terasa letih.


Pilis


Khasiat : 

Pilis digunakan untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Ia dapat mengurangkan kesan gelap mata yang biasanya di alami ibu yang lepas bersalin. 


Cara guna :-

2 biji dilumatkan dengan air secukupnya. Tampal pada bahagian dahi. Pakailah Pilis setiap hari 2 kali sehari (Pagi  dan  Petang)


TAPEL :


 Khasiat: 

Baik sekali untuk mengecutkan otot-otot perut yang kendur. Memutihkan kembali perut yang selalunya mempunyai tanda2 hitam selepas melahirkan. Khasiat tapel juga untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.


Cara Guna:

2 biji dilumatkan dengan air secukupnya. Sapu pada bagian perut sebelum berbengkung. Pakailah Tapel setiap hari 2 kali sehari (Pagi dan Petang)
___________________________________________


PERSEDIAAN SAYA UNTUK BERPARAM, PILIS & TEPEL


Serius...masa anak sulung ritu x der semua2 nie...mmg sy x reti langsung...x der siapa nak ajar plak tue...akhirnya mudarat pada diri sendiri..badan banyak angin....so kali nie semua sy dah ada...masa beli SET BERSALIN NR dapat free...tp dapat free sikit jer la....kene beli lagi tambah.....apa yang saya dah ada : -




PILIS BRAND AIR MANCUR



TEPEL WANGI BRAND AIR MANCUR


PARAM BERAS KENCUR

Ada a few brand lain yang boleh dicuba.....contohnya :-




No comments:

Post a Comment